Saturday, December 17, 2011

KENANGAN DEMI KENANGAN

ku hadiahkan pelangi indah untukmu sayang

padang tempat mengeluarkan peluh dan perhimpunan rasmi

dulu xde sekarang dah banyak kemudahan disediakan

dulu berdirinya pokok pisang kini tugu pokok balak

selamat pagi kawan-kawan!! rindu!!!

ilmu itu cahaya

abg zali & cikgu ripin

taman permainan aku

tahu kenapa aku letak gambar-gambar ni semua??? sebenarnya semalam aku saja ikut bawang merah pergi jogging.. rupanya jogging di padang sekolah rendah aku.. suasana petang tu sungguh nyaman.. dengan ditemani pelangi petang yang sangat cantik bila dipandang.. kami memulakan langkah demi langkah sehingga bermandikan peluh yang sangat banyak.. terasa badan ni ringan sahaja bila kita berjogging.. selama aku berjongging petang itu, sebanyak 3,774 langkah aku mengorak dan sebanyak 534g itulah CO2 telah aku  dermakan kepada tumbuh-tumbuhan hijau disekeliling aku..kami saling memerlukan antara satu sama lain.. syukur alhamdulillah..

bila dah penat berjogging.. aku cuba menyejukan badan dengan merayap disekeliling sekolah.. dan aku dapat rasakan serta bayangkan macamana aku dan kawan-kawan aku dulu semasa menuntut disini.. 

teringat perbualan kami dulu semasa kami sarapan pagi bersama-sama.. siap aku warning kat kawan-kawan aku supaya jangan makan nasi lemak, sebabnya nasi lemak tersebut ada lemak.. tapi last-last aku yang terkena balik tapi buat tak tahu jek.. orang tua-tua kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari... so, aku ngap nasi lemak yang ada didepan mata aku tu.. hahahah.. emi.. emi.. patutlah kau montel sampai sekarang.. bila nak kurus ni????

nak tengok tempat rehat dan tempat aku lepak dulu... jeng.. jeng.. jeng..

Kantin

yang dapat RMT sila beratur

lepaking di belakang kelas

kalau nak di ikutkan banyak lagi gambar nak letak.. tapi dengan keadaan bb yang tak mengizinkan.. ini sahaja yang dapat aku post.. ok lah.. see ya!! 

peace yo!!

p/s: jika anak kita tengah makan, janganlah marah dia depan rezeki dan janganlah sampai selera anak kita termati terus dek maki hamun si emak.. jauhkanlah aku dari perbuatan tersebut bila aku ada anak sendiri suatu hari nanti.. kesian tengok... salam..

No comments: