beberapa hari selepas aku habis praktikal, aku selalu diganggu dengan mimpi yang bukan-bukan..
sebelum nak tutup mata tu ada jek benda yang aku bayangkan.. tapi berkat bacaan ayat-ayat kursi yang aku baca berulang kali, akhirnya semua bayangan itu hilang.. lena terus aku tidur..Zzzzzz...
ayah ada beritahu aku yang dia mimpikan aku.. masa dalam mimpi tu ayah sakit.. sebabnya rindukan aku yang dah lama tak balik rumah.. mungkin aku dah dapat kerja bagus-bagus kot.. so, jarang lah balik rumah.. benda ni pun pernah berlaku dalam hidup aku sebelum ini.. tapi aku jarang balik rumah disebabkan aku tak sanggup melihat bilik aku sendiri digunakan oleh orang lain.. yang sesuka hati dia bawa barang-barang dia masuk ke bilik aku dan buat bilik aku macam bilik dia sendiri.. aku tak selesa.. serius cakap.. memang aku tak suka orang luar tiba-tiba datang masuk bilik aku tanpa izin aku.. lepas tu guna barang-barang aku sesuka hati.. baju-baju aku pun banyak hilang.. tapi tak apa.. itu mungkin rezeki dia.. aku malas nak cari gaduh.. insya'Allah.. Allah lagi maha mengetahui disebaliknya.. ok, berbalik semula pada mimpi ayah tadi.. tiba-tiba adik aku menjerit beritahu ayah yang aku dah balik.. ayah tak percaya.. yang dia nampak ada kereta mewah masuk keperkarangan rumah.. nak tahu kereta apa tak?? ayah aku cakap kereta tu Toyota Camry putih.. dan ayah terkejut.. sebabnya yang keluar dari kereta tu adalah aku, Emilia anak sulung En. Md.Daud.. dan lagi yang membuatkan ayah terperanjat.. tiba-tiba aku hulurkan duit sebanyak RM2,000 ke tangan ayah.. selalunya aku hulurkan wang dari hasil titik peluh aku sendiri tak sikit tak banyak pun RM200, tapi pada hari itu ayah terima RM2,000.. terus ayah terkejut.. dan pada hari itulah ayah hantar mesej kat aku tanya aku bila nak balik.. rasa dah lama anak ayah tak balik rumah...
harap-harap mimpi ayah jadi kenyataan.. semoga aku jadi orang berguna yang boleh menbahagiakan keluarga aku sendiri.. kuranglah sedikit beban orang tua aku bila aku dapat kerja yang bagus-bagus... amin...
aku jugak pernah bermimpi arwah nenek.. masa tu aku keluar bersiar-siar dengan pakcik aku, Boboy dengan menaiki kereta.. tiba-tiba semasa aku lalu dihadapan rumah, aku ternampak nenek sedang membaca al-quran depan pintu utama.. balik dari bersiar-siar, tiba-tiba nenek muncul dari bilik dia dan aku terus peluk dan cium nenek.. tapi pelukan aku tak lama.. nenek tolak aku secara baik.. apa petandanya itu??? mungkin aku dah lama tak sedekahkan bacaan yassin kepada nenek, atok dan mak.. mugkin jugak itu adalah petunjuk kepada aku yang sudah lama tidak membaca ayat-ayat suci al-quran... mana tidaknya.. selama aku praktikal 6 bulan aku jarang baca al-quran.. dengan balik kerjanya tak tentu masa.. balik kerja pun dah penat.. cuma yang termampu adalah melakukan perkara yang wajib sahaja.. tapi Alhamdulillah, dengan cuti yang bersisa ini.. aku akan selalu mengisi masaku dengan membaca ayat-ayat suci al-quran.. Insya'Allah...
korang ada mimpi yang mahu dikongsi bersama?? kalau ada tak salah kita bertukar cerita..
ok lah.. jumpa di lain hari.. Wassalam...
No comments:
Post a Comment