assalamualaikum semua... apa khabar?? lama tak update blog.. tapi korang semua tak sunyi coz at least ada video klip untuk korang aku tontonkan...
drama TENTANG DHIA sudahpun melabuhkan tirainya semalam.. tapi aku sempat tengok beberapa jam tadi.. dalam bilik keseorangan.. for surelah air mata berjurai-jurai keluar.. sedih.. lagi sedih bila dikenangkan dengan nasib aku sekarang.. ohh... mata panda aku muncul pada pagi esok.. tak apa.. dah biasa dah.. aku harap aku pun akan setabah NURKAMADHIA.. cinta yang paling agung hanya untuk-MU Ya Allah.. dan cinta terakhirku hanya untuk suamiku... biar hati ini terluka.. tapi aku kena kuat.. sekuat hati NURKAMADHIA membenarkan suaminya berkahwin lain, setabah hatinya juga apabila berhadapan dengan kanser rahim tahap ke-3... jangan kau pesongkan kepercayaanku seperti ZIKIR yang mempercayai kata-kata ibunya yang berhati busuk.. aku tetap sayangkan dia tapi takdir aku bukan dengan dia.. semoga dia bahagia.. aku redha.. REDHA ITU IKHLAS.. PASRAH ITU MENYERAH..
mungkin malam ni post aku lebih mengikut kata-kata hati yang bercampur aduk.. tak ada tempat mengadu.. dan disini lah medan aku untuk meluahkan perasaan.. dan jika ada yang terasa.. aku mintak maaf...
hati aku tak tenang bila keluar dari rumah.. hati aku tak tenang bila berada di tempat orang walhal baru 2 minggu meninggalkannya.. bila sampai.. hatiku berkata.. baik aku duduk rumah.. aku dah agak dah benda ni akan berlaku.. masing-masing nak tunjuk ego.. dia jumpa kawan boleh.. aku jumpa kawan dibiarkan rasa bersalah.. apakah itu??? sifat manusia.. tak semuanya dapat puaskan hati manusia lain.. dan tak semuanya seharusnya kita miliki.. dia ada life dia.. aku ada life aku.. ada masa boleh gelak ketawa bersama, ada masa kita simpan sahaja gelak tawa itu sendirian.. ya.. sendirian..
dulu mungkin tak dapat nak terima hakikat.. tapi sekarang mungkin dah boleh.. tanpa dia dan tanpa mereka pun aku kena teruskan hidup aku.. mencari kebahagian sendiri... ya jika ada jodoh kita akan bertemu.. kita akan bersatu.. bersama-sama ketawa...
ohh.. tiba-tiba rasa panas pipi ini.. menangiskah aku.. jangan emi.. jangan sampai orang pijak kau.. jangan sampai orang buat kau macam lembu dicucuk hidung.. ikut kata orang sana, ikut kata orang sini.. mana pendirian kau??? ya!!! mana pendirian aku?? mana keberanian aku??? mana??? kau pengecut emi.. pengecut!!!
salahkah aku meluahkan perasaan kepada sahabat sampaikan kau hilang kepercayaan kepadaku?? ya, mungkin kau tidak gemar dengan feilku yang satu ini.. dan mungkin banyak lagi yang kau tak suka.. kau yang buat keputusan itu.. aku yang menerima.. REDHA ITU JAWAPAN KU.. mungkin suatu hari nanti kita bertemu dan mungkin kau juga tidak mengenaliku lagi.. dan mungkin juga kau sudah bahagia dengan kehidupanmu pada waktu itu.. dari jauh ku berdoa semoga kau bahagia.. sahabat.. kawan.. besty.. kekasih.. mahupun cinta pertamaku..
tahun baru tak lama lagi akan muncul.. mudah-mudahan ada ruang untuk aku memperbaiki diri.. demi masa depan aku.. demi keluargaku yang tercinta.. dan demi agama, bangsa dan negara aku...
YA ALLAH.. BANTULAH AKU.. TUNJUKAN AKU JALAN YANG KAU REDHAI.. BANTULAH AKU UNTUK BERHIJRAH DEMI KEBAIKAN DIRI AKU SENDIRI.. SEMOGA ORANG-ORANG DISEKELILING AKU BAHAGIA.. DAN AKU JUGA BAHAGIA MELIHAT SENYUMAN BAHAGIA DI BIBIR MEREKA... LIMPAHKANLAH REZEKI UNTUK AKU DAN KELUARGA.. JAUHKAN KAMI DARI DIANIAYA, DIBENCI OLEH ORANG SEKELILING.. TABAHKAN HATI KAMI JIKA KAU MENURUNKAN UJIAN KEPADA KAMI.. SESUNGGUHNYA KAMI TAHU UJIAN ITU ADALAH TANDA KAU MENYANYANGI KAMI SEBAGAI HAMBAMU YANG KERDIL... KUATKAN IMAN KAMI AGAR TIDAK TERPESONG DARI AJARANMU YA ALLAH... SESUNGGUHNYA KAU MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA BIJAKSANA... AMIN...
No comments:
Post a Comment