Sunday, December 11, 2011

LABUHNYA TIRAI ITU

dah seminggu sesi praktikal aku melabuhkan tirai.. banyak kenangan yang indah dapat dikongsi bersama selama aku praktikal disana.. suka duka kami hadapi bersama.. gelak ketawa.. menangis.. semua tu kami rasa sama-sama.. sorang kena marah semua pun akan rasa tempiasnya.. ini membuatkan kami rapat tak ubah macam kakak dan adik.. tak ada perbezaan taraf antara kami.. aku happy bila bersama mereka... bila nak berpisah rasa berat nak tinggalkan mereka.. macam ada magnet yang menarik aku.. tapi aku kena teruskan kehidupan aku untuk menghadapi hari yang mendatang.. mungkin kita tak satu kapal.. tapi our relationship still continue til the end...

buat masa ni aku tak boleh nak upload gambar banyak-banyak memandangkan bb aku nie speed dia dah lebih had laju yang telah di tetapkan.. so polis traffic pun dah bagi amaran keras kat aku.. jangan asyik nak download suria dicordoba, tengok tonton.. download ni download tu.. paling teruk.. pak polisi mau aku buang semua cerita korea yang ada dalam "kerbau".. sampai hati...

berbalik pada cerita praktikal aku.. bukan tak nak sambung.. tak dinafikan yang audit nie sangatlah berguna untuk sem akhir aku.. semua berkaitan dengan audit.. in the 1st place memang nak sambung... tapi bila apa yang dah berlaku pada aku.. semuanya terbatal.. cukuplah sekadar tempoh yang sudah di tetapkan.. masalah yang timbul mungkin bermula dari aku sendiri tanpa aku sadari.. ujian dari-Nya.. untuk itu dengan cuti yang ada seharusnya aku gunakan sebaik mungkin untuk musahabah diri aku sendiri kepada yang lebih baik.. u know what.. sifat manusia.. tak semuanya perfect.. ada sahaja silap yang kita buat.. aku harap dengan apa yang terjadi ini membuatkan aku matang untuk berhadapan dengan manusia... manusia ni banyak fe'eil (perangai).. mungkin rambut sama hitam.. tapi hati lain-lain.. bersedialah untuk menghadapi dunia pekerjaan yang lebih mencabar selepas ini Emilia.. lepas ni banyak lagi kau akan jumpa perangai manusia yang pelik-pelik.. ini baru sikit yang kau nampak.. aku harap semua ini memberi pengajaran yang sangat berguna untuk bekalan hari mendatang..




NORSYAHKILA MAHZAN
  • seorang pendengar yang baik
  • sama macam aku.. maybe.. luar nampak keras tapi dalam hati ada taman bunga..
  • minat k-pop macam Anis
  • ada myvi... kesian kat dia.. selalu dapat kerja part time jadi runner.
  • tegas
  • care about us like we all adik-adik dia.. so sweet.. 
  • ada pendirian dia tersendiri
  • tidak berkira:- masa, tenaga dan wang ringgit
  • boleh campak dia mana-mana jek.. sebab dia pandai bawa diri..
  • tak pernah dengar dia cerita pasal lelaki..
  • pandai simpan rahsia dan cepat tangkap apa yang berlaku disekeliling dia
  • kuat semangat..



NUR AZIDAH AZHAR
  • boleh jadi seorang kakak yang bertanggungjawab
  • dia layan orang based on sifat seseorang itu.. jika seseorang itu jenis yang lemah lembut.. dia akan layan dengan cara yang lemah lembut.. begitulah disebaliknya..
  • boleh jadi guru.. sebab apa yang dia ajar.. aku mudah paham.. walaupun pada hakikatnya aku nie slow orangnya...
  • slow macam aku bila ada apa-apa yang berlaku disekeliling dia... jika level slow aku tahap 5.. level slow dia 2 kot.. pahamkan maksud aku.. (-_-")
  • tak minat bola.. tapi dia terpaksa layan kitorang yang gile bola... cian dia..
  • cepat touching.. sama macam aku.. 
  • on the way ambil lesen.. bakal jadi pembantu Kila..heheh..
  • taste lelaki dia tinggi... nak yg putih.. doktor gitew.. hope dia akan jumpa lelaki yang di idamkan.. same goes to Kila.. even thought dia tak pernah cerita pasal lelaki idaman dia dengan aku..
  • jangan kacau kerja dia... kalau tidak binasa diri..
  • workaholic
  • ada migrain yang sangat teruk bila tertekan dengan kerja..
aku rasa sampai sini dulu aku bercerita.. nanti kita sambung lagi cerita pasal praktikal aku yang sudah pun melabuhkan tirai ni..

see you next time people.. peace yo!!



No comments: