Wednesday, December 21, 2011

MASIH BELUM NGANTUK.. NGOBROL YOK..

hai semua.. assalamualaikum..

mata aku masih belum mengantuk lagi.. baru lepas layan Breaking dawn.. best.. romantik.. hihiik.. berimiginasi sebentar macamanalah bila dah kahwin nanti.. gatai no...
geli la ko ni emi.. imagine jauh bebeno.. kahwin.. kahwin jek keje kau.. (ayat z..)

mari kita bercerita pasal hal ehwal semasa..
sekarang ni kerajaan dah banyak menyalurkan bantuan kepada rakyat.. terutama kepada golongan yang kurang berkemampuan.. antaranya baru-baru ini kerajaan telah menyalurkan BR1M (bantuan rakyat 1 Malaysia), Kedai 1Malaysia- RM500, Klinik 1 Malaysia, Ikan Segar 1 Malaysia, Baucar buku untuk pelajar-pelajar sekolah menengah, Tingkatan 6, IPTA dan IPTS- RM200.. dan banyak lagi lah nak di tranformasikan.. gaji orang yang kerja gamen (government) pun dah naik.. yang jadi pak guard, mak guard pun dah naik.. bagi sesiapa yang dah pencen dan tak tahu nak buat apa lepas ni boleh lah apply jadi guard.. heheh... adakah ini semua mainan politik semata-mata.. harap-harap tidaklah.. dan hope transformasi-transformasi yang kerajaan jalankan sekarang berterusan untuk kemudahan dan kesenangan rakyat.. dan berharap tidak disalahguna dan disalahfahamkan niat baik ini... adakah anda semua bangga menjadi rakyat Malaysia??? ya.. saya bangga jadi rakyat Malaysia.. tapi adakah anda semua sudah mendaftar?? bagi rakyat yang berumur 21 tahun keatas la.. aku?? belom lagi.. tapi dalam waktu terdekat ni aku akan lakukanya.. 

sekarang kita beralih pula bercerita pasal... pasal.. dah.. blur la pulak.. nak cerita apa ek??  cerita pasal aku jelah eh..

hmm.. sekarang aku dalam proses mencari kerja sementara cuti yang masih bersisa lagi 2 bulan ni.. kerja apa yang layak bagi aku?? kerja kilang.. rasa dah malas la pulak.. dah penat dah rasa kerja kilang... habis tu kau nak kerja apa emi?? tak kan kau nak kerja opiz?? jadi kerani?? eh.. kalau ada yang sudi nak ambil aku bekerka apa salahnya.. janji kerja.. tapi dengar cerita akak secretary tempat aku praktikal tu dah berhenti.. agak-agak ada peluang tak nak masuk jarum?? agak-agak gaji dia bagi tu tinggi tak?? memilih sangat lah kau nie emie.. eh.. kadang-kadang kita hidup ni harus jugak memilih.. kang dibaginya kerja yang kemain lagi banyak tapi gaji ciput dan bersesuaian dengan penat lelah kita, naya jugak.. tak berbaloilah.. baik jadi mak guard.. tapi ada ke yang o?? nak jugak apply.. heheh.. aku perlu bekerja sebab sem depan banyak nak pakai duit.. dengar cerita senior aku yang asyik outstation pergi interview company ni company tu.. terbeliak jugak mata aku.. telan air liur jugaklah.. dengar kata sem akhir ni sem paling busy untuk aku yang bakal bergelar akauntan, auditor, secretari dan jugak tax agent... heheh... cepatlah habis blajar.. tak sabar rasanya nak kumpul duit banyak-banyak ni.. heheh..

rasanya sampai sini dulu lah kita bercerita.. esok aku nak kene keluar pergi LHDN @ IRB sebab nak hantar borang BR1M untuk makcik aku dan jugak ayah aku.. mudah-mudahan dipermudahkan semuanya.. ringan sikit beban ayah aku.. wei.. sapa nak bagi kau RM500.. orang nak bagi.. terima jek.. tapi kalau yang mampu tu tak payah lah nak tipu.. ramai lagi yang memerlukan bantuan ni.. pikirlah elok-elok ok..

good night people!! peace yo!! =)

No comments: