Thursday, December 15, 2011

MATA TAK NGANTUK LAGI.. LEPAK YOK!!

sekarang jam menunjukan pukul 2.25 am dimana mata yang sepasang ini tak mahu pejam membuatkan aku terasa nak post something disini.. nak post apa ek?? kita berceritalah apa lagi.. gosip-gosip gitew..

mesti ada yang tertanya-tanya kenapa lately ni aku suka post gambar orang kawen.. nak tahu kenapa??? sebabnya lately nie aku terasa nak tahu macamana keadaan kawan-kawan sekolah aku sekarang.. sihat ke tak? dah kawin ke belom? and finally bila aku terjah fb.. stalker sane stalker sini... jumpa lah gambar kawen dorang nie suma... so, konklusinya.. ramai kawan-kawan sekolah aku sudah pun mendirikan rumah tangga... kebanyakan tahun ni kot yang baru kahwin... aku doakan semoga mereka-mereka ini bahagia ke anak cucu...

kau emie bila pulak??? aku??? lama lagi kot... nanti dah sampai seru aku akan beritahu korang semua ok..
don't worry.. kalau dah jodoh tak kemana...

cuti ni aku duduk rumah jek.. sebabnya kalau aku nak cari kerja pun kena tunggu bos aku balik JB, siapkan buat clearance untuk praktikal aku haritu semua baru boleh cari kerja.. tapi bila bos aku akan muncul pun aku tak tahu... baru seminggu duduk rumah rasa macam dah sebulan... kalau dah sebulan duduk rumah mesti rasa macam setahun pulak kan.. hahah.. masa lapang yang ada ni aku buat praktikal jadi suri rumah tangga... rumah ada... tangga tak ada.. sorry.. apa aku buat as suri rumah tak ada tangga ni?? aku basuh baju, sidai baju, lipat baju, basuh pinggan, buat sarapan, terperap dalam bilik habiskan baca novel, sapu halaman rumah, dan kalau tak ada kerja.. aku kacaulah adik-adik aku.. plan nak masak spaghetti untuk family aku.. tapi duit tak ada pulak nak beli barang.. ingat nak masak mihun sop jela... tapi hari minggu nanti lah... nak buat hari biasa semua kerja.. hari minggu baru dorang melekat kat rumah.

hah.. 2011 hampir nak melabuhkan tirai.. 2012 pulak bakal menjelma.. tapi aku tak kurus-kurus.. (macamana kau nak kurus emi oi... exercise pun jarang.. makan berpinggan2.. celah mana nak kurusnya). nak kurus pulak kenalah ada semangat yang kuat.. tapi aku rasa aku ada masalah genetik kot.. tu yang tak kurus-kurus sampai sekarang nie... (alasan!!).. apa-apa pun.. kena jugak.. tapi kena slow-slow.. chayok emi!!!

hmm... ok lah.. lain kali kita gosip-gosip lagi.. kene tidur... sebab niat nak puasa sunat lah hari ini.. 

oh lupa pulak nak bagitau... adik aku si HANAFAIS baru jek habis paper SPM dia semalam.. mudah-mudahan adik aku yang sorang ni lulus dengan cemerlang.. dan harap-harap dia dapat sambung belajar dalam bidang yang dia minat.. seorang akak hanya mampu mendoakan kejayaan adik-adiknya.. dan berharap suatu hari nanti adik-adiknya akan menjadi insan yang berguna kepada ibu bapa, agama dan masyarakat...

oryte.. take care semua!! good night..ZzzzzzZzzzzz...

No comments: