Kepada semua
pelajar-pelajar IPTA/IPTS/Matrikulasi/Asasi/Tingkatan 6 Tahun 2012. berikut
adalah maklumat berkaitan Baucer Buku RM200.00
1. Semua pelajar
warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar yang masih aktif di IPTA,
IPTS DAN POLITEKNIK mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda,
Sarjana dan Ph.D, matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar
di tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian
tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucer buku bernilai RM200
2. Pengagihan
baucer buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan
sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012 sehingga Mac 2012. Sila hubungi
IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucer berkenaan.
3. Semua IPT telah
menyediakan senarai nama pelajar, berserta nombor Kad Pengenalan dan Nombor
Metrik / Nombor pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama,
no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucer
yang bernilai RM50.00 setiap keping (RM50 x 4keping).
4. Baucer buku
boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan
kedai buku adalah terbuka kepada semua.
5. Baucer ini
adalah untuk pembelian buku–buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan
pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing.
6. Tuntutan bayaran
balik baucer akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional
(BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012
7. Tempoh masa sah
laku baucer buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga
31 Mac 2012.
8. Pelajar tidak
dibenarkan sama sekali menebus baucer buku ini dengan wang tunai.
No comments:
Post a Comment